GUNUNG – GANANG  SEBAGAI  PASAK  BUMI GUNUNG EVEREST, BANJARAN GUNUNG HIMALAYA Di antara fungsi segala bukit-bukau...

0 Comments


GUNUNG – GANANG  SEBAGAI  PASAK  BUMI



GUNUNG EVEREST, BANJARAN GUNUNG HIMALAYA


  • Di antara fungsi segala bukit-bukau dan gunung-ganang ini ialah sebagai penstabil bumi daripada sebarang gegaran. Tidak dapat dinafikan, kewujudan bukit-bukau dan gunung-ganang di serata dunia mempunyai fungsinya yang tertentu kepada kestabilan alam. 


  • Fakta yang terkandung di dalam ayat-ayat Al-quran bertepatan dengan ilmu geologi moden yang mengakui kepentingan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai faktor pasak atau penstabil bumi daripada sebarang gegaran, tanah runtuh dan gempa bumi.


BUKIT BROGA, KUALA LUMPUR
  •  Selain itu, gunung mempunyai akar yang jauh lebih dalam ke dasar bumi berbanding dengan puncaknya. Ini dijelaskan oleh Raymond Siever, seorang tokong kaji bumi yang tersohor di dunia. 


  • Sebagai contoh, sehelai kertas yang diletakkan di atas meja akan senang berterbangan apabila ditiup angin kerana tidak ada paku atau benda-benda berat yang menahannya daripada bergerak. Apabila benda-benda berat yang kita ibaratkan sebagai gunung-ganang diletakkan di atas kertas tersebut, kedudukannya akan bertambah stabil dan sukar diusik oleh angin yang bertiup atau arus air yang mengalir. 




"Para ulama juga menyokong teori ini dengan perumpamaan seorang nelayan yang berdiri di hujung perahunya yang kosong. Perahu nelayan tersebut sudah pasti akan terjongket, terbalik dan tidak stabil. Oleh itu, untuk menambahkan kestabilan perahu tersebut, nelayan itu perlu meletakkan barang-barang yang berat di dalam perahunya. Barang-barang itu juga boleh diumpamakan seperti bukit-bukau serta gunung-ganang."


You may also like

No comments: