CAP JARI MANUSIA  1. KEGUNAAN Keterangan cap jari adalah merupakan satu keterangan fizikal yang padat dalam  siasatan saint...

0 Comments
CAP JARI MANUSIA 




1. KEGUNAAN

Keterangan cap jari adalah merupakan satu keterangan fizikal yang padat dalam siasatan saintifik.Kegunaannya adalah :


· Untuk mengenal pasti mangsa yang tidak dikenali saksi ataupun saspek dan juga pengesahan rekod dan yang penting sekali cap jari boleh mengait dan
memadankan di antara saspek dan tempat kejadian jenayah.

· Jika tiada saspek, cap jari boleh membina petunjuk atau kadangkala memberi gambaran awal tentang sifat fizikal, jantina dan pekerjaan penjenayah.

· Cap jari juga boleh mengekalkan atau menyangkal keterangan mangsa atau saksi dengan membuktikan cap jari yang ditemui di tempat kejadian.

· Bagi kes-kes membunuh diri selalunya tidak terdapat kesan-kesan cap jari yang cuba dipadamkan.

· Cap jari yang kecil berkemungkinan dimiliki oleh orang bersaiz kecil manakala cap jari pada dinding boleh menentukan ketinggian seseorang.



2. KAJIAN KES MELIBATKAN PENGGUNAAN CAP JARI (AWAL)


Pendakwa Raya lawan Toh Kee Huat (1965) 1 M.L.J. 76

Ini adalah kes yang pertama di Malaysia yang menggunakan asas pengenalan cap jari dalam mahkamah. Dalam kes ini penama Toh Kee Huat telah dituduh mencuri sebuah kereta dan pihak penyiasat telah menemui cap jari tertuduh di bahagian dalam kereta tersebut. Mahkamah rayuan telah memutuskan penemuan cap jari tertuduh tidak boleh disangkalkan dan ia adalah kepunyaan tertuduh dan bukannya milik orang lain dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh.


3. CORAK ASAS CAP JARI

Bentuk cap jari boleh dibahagi kepada tiga kelas iaitu gegelung (Loops),Lingkaran (Whorls)
dan lengkungan (Arches).
Daripada kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat seramai 60-65% penduduk mempunyai cap jari jenis Loops, 30-35% penduduk mempunyai cap jari 
bentuk Whorls dan hanya 5% mempunyai bentuk Arches pada cap jari mereka.







4. TEKNIK MENGESAN CAP JARI

- Kaedah serbuk

Kaedah serbuk merupakan cara biasa yang sering digunakan dalam proses penimbulan cap jari. Kaedah ini merupakan kaedah yang telah lama digunakan sejak seratus tahun dahulu dan merupakan cara tradisional, mudah dan kos yang efektif. Ianya mampu dilakukan dengan sedikit pengetahuan atau pengalaman serta boleh menghasilkan keputusan yang memuaskan.


- Kaedah Super Glue

Merupakan satu kaedah kimia untuk mengesan dan menimbulkan kesan cap jari pendam pada permukaan non-porous. Super glue merupakan nama komersial, dan nama sebenarnya dikenali sebagai bahan kimia Cyanoacrylate. Ianya boleh didapati dalam bentuk cecair atau gel tetapi kebanyakannya berada dalam bentuk cecair dan berbagai warna bergantung kepada pengeluar produk.



- Kaedah NINHYDRIN

Merupakan satu kaedah kimia yang biasa digunakan untuk menimbulkan kesan cap jari pendam. Ninhydrin mula ditemui pada tahun 1910 oleh seorang ahli kimia barat bernama Siegfried Ruhemann untuk menjalankan pemeriksaan tindak balas dengan asid amino. Hasil daripada penemuan ini saintis forensik telah menggunakan ninhydrin pada tahun 1954 bagi tujuan penimbulan cap jari yang mana terdapat asid amino dalam perpeluhan.






You may also like

No comments: