RUJUKAN YANG DIGUNAKAN BAGI MENCIPTA BLOG INI IALAH : KESIMPULAN - http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7131-hubungan-islam-...

RUJUKAN YANG DIGUNAKAN BAGI MENCIPTA BLOG INI IALAH :



  1. KESIMPULAN -http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7131-hubungan-islam-dengan-sains-dan-teknologi
  2. MENJILAT JARI SESUDAH MAKAN https://id-id.facebook.com/notes/nahla-fashion/menjilat-jari-setelah-makan-adalah-sunnah-rasul/544997635566891/
  3. GUNUNG - http://www.utusan.com.my/rencana/gunung-ganang-sebagai-pasak-bumi-1.24379
  4. SURAH AN-NAHL -  http://www.alhassanain.com/indonesian/book/book/holy_quran_library/the_body_of_the_koran_and_its_translation/teks_dan_terjemahan_alquran/017.html
  5. SISA MAKANAN - http://kitab-kuneng.blogspot.my/2011/07/menjilati-sisa-makanan-pada-jari-tangan.html
  6. CAP JARI - "XII. SAINS AM" (Terjemahan buku al-quran dan sains moden), oleh Dr. Zakir Naik.

KESIMPULAN BAGI BLOG INI IALAH : Di dalam Al Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu sains dan teknologi yang hanya menunggu untuk ...

KESIMPULAN BAGI BLOG INI IALAH :


Di dalam Al Quran itu sendiri sudah terkandung ilmu sains dan teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan dikembangkan oleh mereka yang memahami dan mengamalkannya.

Setiap ayat yang terkandung di dalamnya mempunyai maksud dan makna yang tertentu yang perlu digali, diteliti dan direnungi, sebab Al Quran adalah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar dan terpenting. 

Jika tidak mutiara Al Quran itu tidak akan menyerlah dan memancarkan cahayanya untuk menyinari kehidupan umat manusia.

Berdasarkan kepada hakikat inilah maka umat Islam perlu mengambil manfaat daripadanya dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah untuk menjalankan pengkajian yang bersifat empirikal dan saintifik. 

Sekiranya ini dapat dilaksanakan, maka tidak syak lagi zaman kegemilangan Islam dapat dikembalikan dan Islam sekali akan menjadi sumber inspirasi kepada kemajuan tamadun dan kekuatan ummah.

MENJILAT JARI  SELEPAS MAKAN  ADALAH SUNNAH  RASULULLAH SAW Makan menggunakan tangan adalah  kebiasaan Ra...


MENJILAT JARI 

SELEPAS MAKAN 

ADALAH SUNNAH 

RASULULLAH SAW








Makan menggunakan tangan adalah kebiasaan Rasulullah SAW ketika makan. Dan salah satu kebiasaan Rasulullah lagi adalah beliau selalu menjilat jari-jarinya sampai bersih setelah habis makan. 


Apakah keistimewaan dari kebiasaan Rasulullah saw tersebut? 


Jika dipikirkan kembali, kita dilarang menyentuh makanan dengan tangan kerana makanan akan cepat basi. Hal ini kerana enzim yang ada pada jari kita itulah yang menyebabkan makanan itu menjadi basi lebih cepat dari biasanya.

Namun, perbuatan menjilat jari setelah makan telah menjadi budaya dalam keseharian kita terutama bagi masyarakat melayu di negara ini. Ketika kecil, orang tua sudah mengajarkan kita untuk menjilati jari setelah makan supaya tangan kita tidak belepotan makanan.


Tahukah anda  bahwa menjilat jari setelah makan itu salah satu sunnah Rasulullah saw?


Beliau bersabda :

"Sesungguhnya kamu tidak mengetahui (bahagian) mana (dari makanan kamu) yang mengandung berkah."

(Riwayat Muslim)
*juga tercatat di dalam isi hujah video post yang lepas*


Apakah kita tahu bahwa perbuatan ini mendatangkan banyak kebaikan dari berbagai segi termasuk kesehatan? Sunnah Rasulullah saw telah terbukti secara ilmiah, mampu membantu proses pencernaan di dalam perut kerana jari-jari kita memiliki enzim yang diperlukan untuk pencernaan makanan.


Kerana ini adalah Sunnah Rasulullah, marilah 
kita ikuti. Mengapa harus malu jika memang kita sebenarnya lebih enjoy makan menggunakan 
tangan? Enjoynya dapat, sunnahnya juga dapat !

MENJILAT JARI SELEPAS MAKAN Hadits riwayat Ibnu Abbas, beliau berkata : Bahwa Rasulullah SAW bersabda : إذا أكل أحدكم...

MENJILAT JARI SELEPAS MAKAN



Hadits riwayat Ibnu Abbas, beliau berkata :
Bahwa Rasulullah SAW bersabda :
إذا أكل أحدكم طعاما فلا يمسح يده حتى يلعقها أو يلعقها
Artinya : Apabila salah seorang diantara kalian makan, maka janganlah dia mengelap tangannya hingga dia menjilatnya atau dijilatkan kepada orang lain.
 (H.R. Muslim)


Ustaz Shamsuri Ahmad

  •          Ahli saintis telah menjumpai terdapat banyak enzim  terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda  terdapat dalam air liur.

  •          Rasulullah s.a.w makan menggunakan tiga jari kanannya sahajaIni kerana enzim yang ada pada tangan kanan dapat memudahkan proses penghadaman

  •          Juga dinamakan sebagai  ‘The first process digestion.

MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN KANAN & SISIH JARI Dari Abdullah bin ‘Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘ alai...

MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN KANAN & SISIH JARI


Dari Abdullah bin ‘Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahualaihi wasallam bersabda:
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِيْنِهِ، وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِيْنِهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ
Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Karena setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula.”
(HR. Muslim no. 2020)


uMenurut artikel yang diterbitkan dalam paparetta.wordpress.com pada Oktober 2010 lalu, makan menggunakan tangan terbukti lebih menyihatkan kerana dalam tangan terdapat enzim RNAse yang dapat mengikat bakteria sehingga tingkat aktivitasnya sangat rendah ketika masuk bersama makanan ke saluran pencernaan tubuh.

uSebelum makan dengan tangan, kita harus mencuci tangan dengan air mengalir. Mencuci tangan memang tidak dapat membunuh seluruh kuman di tangan, namun dapat mengurangi jumlahnya.

uTidak semua kuman di tangan bersifat jahat, ada juga kuman yang tidak mengganggu proses pencernaan sehingga tidak perlu membunuh semua kuman di tangan. Jangan lupa menggunakan sabun saat mencuci tangan agar hasilnya lebih optimal.




MENGUNYAH MAKANAN 44 KALI Rasulullah s.a.w akan mengunyah makanan sebanyak 44 kali ( riwayat muslim ).       Hadith in...

MENGUNYAH MAKANAN 44 KALI

Rasulullah s.a.w akan mengunyah makanan sebanyak 44 kali (riwayat muslim).

  •       Hadith ini kami tidak dapat mengatakan sahih sepenuhnya kerana terdapat sesetengah pendapat yang mengatakan hadith ini merupakan hadith palsu.

  •      Tetapi kita boleh mengambil teladan dari hadith ini, secara saintifiknya dengan mengunyah makanan sebanyak mungkin untuk memudahkan penghadaman makanan.



  > Terdapat juga pendapat yang mengatakan Rasulullah saw mengunyah sebanyak 40 kali sahaja.

  > Secara saintifiknya dengan mengunyah makanan sebanyak mungkin akan menyenangkan lagi zat zat yang terdapat di dalam makanan untuk di serap ke dalam badan.

 > Kita boleh dapat mesej yang cuba disampaikan ialah mungunyah makanan sampai lumat supaya memudahkan makanan untuk ditelan, mengelakkan tercekik makanan dan mengelakkan gelojoh semasa makan.

GUNUNG – GANANG  SEBAGAI  PASAK  BUMI GUNUNG EVEREST, BANJARAN GUNUNG HIMALAYA Di antara fungsi segala bukit-bukau...



GUNUNG – GANANG  SEBAGAI  PASAK  BUMI



GUNUNG EVEREST, BANJARAN GUNUNG HIMALAYA


  • Di antara fungsi segala bukit-bukau dan gunung-ganang ini ialah sebagai penstabil bumi daripada sebarang gegaran. Tidak dapat dinafikan, kewujudan bukit-bukau dan gunung-ganang di serata dunia mempunyai fungsinya yang tertentu kepada kestabilan alam. 


  • Fakta yang terkandung di dalam ayat-ayat Al-quran bertepatan dengan ilmu geologi moden yang mengakui kepentingan bukit-bukau serta gunung-ganang sebagai faktor pasak atau penstabil bumi daripada sebarang gegaran, tanah runtuh dan gempa bumi.


BUKIT BROGA, KUALA LUMPUR
  •  Selain itu, gunung mempunyai akar yang jauh lebih dalam ke dasar bumi berbanding dengan puncaknya. Ini dijelaskan oleh Raymond Siever, seorang tokong kaji bumi yang tersohor di dunia. 


  • Sebagai contoh, sehelai kertas yang diletakkan di atas meja akan senang berterbangan apabila ditiup angin kerana tidak ada paku atau benda-benda berat yang menahannya daripada bergerak. Apabila benda-benda berat yang kita ibaratkan sebagai gunung-ganang diletakkan di atas kertas tersebut, kedudukannya akan bertambah stabil dan sukar diusik oleh angin yang bertiup atau arus air yang mengalir. 




"Para ulama juga menyokong teori ini dengan perumpamaan seorang nelayan yang berdiri di hujung perahunya yang kosong. Perahu nelayan tersebut sudah pasti akan terjongket, terbalik dan tidak stabil. Oleh itu, untuk menambahkan kestabilan perahu tersebut, nelayan itu perlu meletakkan barang-barang yang berat di dalam perahunya. Barang-barang itu juga boleh diumpamakan seperti bukit-bukau serta gunung-ganang."